Berita baik buat anak yang memenuhi syarat kemasukan ke Prasekolah KPM bagi sesi persekolahan 2027, kini permohonan dibuka melalui sistem ePrasekolah. Permohonan ini dibuka mulai 2 Mac 2026 hingga 31 Mei 2026.

Syarat Permohonan Prasekolah 2027

Anda boleh membuat permohonan prasekolah jika anda anda :

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir 2 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023

Cara Permohonan Prasekolah 2027

Permohonan boleh dibuat dengan cara berikut:

  1. Layari laman web eprasekolah.moe.gov.my
  2. Login dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda (ibu bapa) atau penjaga.
  3. Pergi ke menu Borang Permohonan Prasekolah Sesi Kemasukan 2027.

Segera membuat permohonan sebelum tarikh tutup.

Tarikh tutup permohonan adalah 31 Mei 2026.