KUALA LUMPUR – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja baru sahaja mengumumkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ditetapkan pada 19 Februari 2026, bersamaan hari Khamis.

Pengumuman ini dibuat selepas mendapat perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja setelah aktiviti cerapan anak bulan dilakukan di 29 lokasi strategik di seluruh negara pada petang Selasa.

Tarikh Penting Ramadan 2026

Berikut adalah ringkasan tarikh penting untuk rujukan anda:

  • Tarikh Mula Puasa: 19 Februari 2026 (Khamis)
  • Niat Puasa: Dilakukan pada malam 18 Februari (Rabu) -Lihat sini Niat Puasa
  • Cuti Awal Ramadan: Tertakluk kepada negeri-negeri tertentu seperti Johor, Kedah, dan Melaka.

Persiapan Menyambut Bulan Mulia

Awal Ramadan tahun ini jatuh pada pertengahan bulan Februari, memberikan suasana yang sedikit berbeza bagi rakyat Malaysia. Di samping membuat persiapan fizikal, umat Islam diingatkan untuk meningkatkan amalan kerohanian dan menjaga kesihatan sepanjang bulan penuh keberkatan ini.

Bagi anda yang ingin membuat rujukan jadual waktu imsak dan berbuka puasa mengikut zon masing-masing, anda boleh menyemak portal rasmi E-Solat JAKIM.